Hotel De Palma Ampang



KAGUM!!!

PELBAGAI konsep diperkenalkan hotel di negara ini memberi peluang kepada pelanggan dari dalam mahupun luar negara memenuhi cita rasa masing-masing.

Budaya kota metropolitan seperti Kuala Lumpur menyaksikan kebanyakan hotel menawarkan perkhidmatan berkonsep moden bagi menarik minat pelanggan terutama di kalangan pelancong.

Namun ramai tidak menyedari, konsep berbeza diperkenalkan rangkaian Hotel De Palma berjaya menarik minat pelanggan dengan mencatatkan kenaikan 120 peratus jumlah pelanggannya sejak diperkenalkan dua tahun lalu.

Bergelar hotel pertama di rantau ini yang berkonsep mematuhi syariah Islam sepenuhnya, pihak pengurusannya menekankan keselesaan tetamu. Ini merangkumi aspek kemudahan beribadat, makanan halal dan tiada aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam di hotel itu. Hotel De Palma yang majoriti pelanggannya terdiri daripada umat Islam turut menawarkan pelbagai program keislaman secara percuma kepada orang ramai di surau hotel.


Ini termasuk solat fardu setiap waktu secara berjemaah, tadarus al-Quran, solat Jumaat, tazkirah selepas solat, tahlil, solat hajat dan beberapa program semasa yang lain.


Pengurus Bilik dan Penginapan Kumpulan Hotel De Palma, Zamir Shukri Zain, berkata sejak aktiviti berkenaan diperkenalkan sambutan yang diterima pihaknya amat memberangsangkan.

"Segala program bercorak keislaman di hotel ini adalah percuma yang mana orang ramai sama ada pelanggan mahupun bukan pelanggan boleh menyertainya.


"Selain tahlil dan solat hajat pada setiap malam Jumaat, pihak kami menganjurkan tazkirah pada setiap Rabu bermula jam 12.30 tengah hari hingga ke waktu Zuhur.

"Malah, kami menjadi hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat di surau Hotel De Palma Ampang yang boleh memuatkan 1,500 jemaah," katanya.


Untuk pilihan makanan, hotel terbabit menawarkan pelbagai pilihan set makan malam kepada mereka yang berminat selepas selesai solat hajat.


Menerusi pakej serendah RM45 hingga RM65, ia menawarkan sajian dalam bentuk bufet, barbeku dan set.


Pengurus Sajian Makanan Hotel De Palma,Faisal@Ariffin Abd Hamid, berkata sajian yang dihidangkan adalah berdasarkan pilihan dan permintaan pelanggan.


"Makanan dihidang dalam suasana santai di tepi kolam renang. Selain itu, bagi mereka yang gemar dengan suasana makan bersila, pihak kami menyediakan kemudahan berkenaan. "Makan malam ini bermula sejurus selepas acara solat hajat dan berakhir pada jam 10.30 malam," katanya.


Antara makanan barbeku disajikan termasuk udang, ayam, sotong dan stik daging. Ia disediakan dengan pilihan sos seperti sos barbeku dan lada hitam. Bagi sajian bufet dan set, pelanggan ditawarkan hidangan sajian Melayu serta muhibah yang menggabungkan makanan Melayu, Cina dan India serta makanan antarabangsa.

* kain pelekat,telekung & sejadah jgk disediakan

* solat Jumaat jgk dilakukan di hotel ini


Kesimpulannya....aku memang kagum dgn konsep hotel nie...banyak menitik beratkan corak keislaman...insyaallah 1 day nti kalo ada kerja di Ampang blh la check in di sini.


Comments

Popular Posts